Stalker

Sunday, April 4, 2010

Ada yang PerlU diKonGSi


Salam... ni aku ada sedikit la aku nak cite... pasal benda yang aku buat nie...
Apa kebenda??

INSURANS laa....

Apa citenya.. takde la.. aku aritu wat survey... and then aku ntah biasa mengayat la... then terdetik kat ati aku tentang soalan2 yang aku tanya pada client2 aku...

Cuba korang fikirkan yang korang bertanya soalan nie pada diri korang...

1. Korang pergi kerja naik apa? pernah tak korang terfikir yang even naek apapun korang pergi kerja, korang boleh terlibat dalam kemalangan walaupun bukan kesalahan korang...(aku bayangkan yang aku tetiba dilanggar traler.. tak sempat mengucap... dah berkecai..)

2. Pernah tak korang terfikir yang sekarang korang sihat, bila sakit jumpa doktor minta mc. Tapi korang terfikir tak yang sakit korang tu tetiba di suspicious amat lah berat?? mcm breast cancer, batu karang... tumor, lukimiea.. dan macam2 la... walaupun korang taknak.. (nauzubillah himinzalik)

3. Korang ada wat simpanan tak?? Korang rasa korng punya saving yang AMATlah banyak tuh leh support korang sampai bila?? kalau dah kena operate yang kos RM25000 - RM50000,
Korang leh Support ker?? Ada ke duit nak bayar bill?? Takkan nak bayar pakai habuk?? Pakai duit mak abah?? Mak Abah ada ke duit?? takkan nak sowh diaorang bergolok gadai??

4. Korang penah tak terfikir kalo korang sakit korang nak gi Hospital Kerajaan (yang nak kena appointment + - sebulan tuh) atau hospital pakar (specialist la).. Lagi sekali... ada duit ke nak bayar??

5. Bila korang kata dah sihat or sembuh.. bila bil semua dah bayar... Korang tepikir tak mana pegi simpanan yang korang simpan berkurun lama tuh?? Ada lagi ker??

Aku ter pk benda nie semalam.. lepas aku tanya sorang mamat tuh...

aku : Abang saya nak wat survey sket pasal insurans. bleh??
mamat : bleh je dik, nie abang pun ada sedikit masa sebelum abag pegi..
aku : ok, saya tanya (ada aku kesah??)

Aku tanya la semua benda.. rupanya dia ada insurans bagus lah... tapi HANYA untuk dia.. anything happen pada dia... ISTERI dan DUA anak dier dapat pampasan...

Tapi pk tak dier kalau apa apa yang jadi kat isteri n anak2 tuh... erm menangis je la.. melopong termenung... ada insurans pown tak leh pakai... sebab tu utk dia je.. PADAN MUKA... sediakn payung abg...

p/s : apa yang aku nak citer nie utk kesedaran aku n siapa yang berminat... bukan nk nak sowh masuk MLM.. so anything drop me a number or email at PutraNforce@yahoo.com
SUBJECT : PruBSN





Dapatkan Fleksibility Untuk Menguruskan
Keperluan Anda Yang Sentiasa Berubah

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masaalahnya, kita juga mengubah perancang kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.

Pelan Takafulink Prudential BSN ( PruBSN ) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hudup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai yang menjadi pegangan anda , ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.

Bagaimana Pelan Takafulink Bertindak untuk Saya ?

Untuk Perlindung Anda:

Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan Takafulink kepada anda.

Manfaat Asas Kematian:

Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* dan Akaun khas Individu (ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.

* PUA adalah akaun unit-unit yang diperuntukan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.

**ISA adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.

Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK):

Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mangalami HUPK sebelum mencapai 60 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.

Manfaat Pilihan & Tambahan

Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement:

Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.

Medical Cover:

Sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.

Major Medical Cover:

Member perlindungan perubatan bagi manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke Hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk bantuan perubatan kecemasan.

Hospital Benefit:

Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke Hospital.

Disability Provider, Crisis Cover Income:

Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.

Crisis Shield / Critical Illness ( 36 jenis penyakit ):

Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan disaat-saat anda paling memerlukan.

Weekly Indemnity:

Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

Contributor:

Membayar manfaat tahunan ( FOC ) sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.

Spouse or Parent Contributor:

Sekiranya pasangan atau ibubapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC).



No comments:

Hit Baby One More Time