Stalker

Thursday, November 19, 2009

Hah Wat nie...

Heheh sowy la nie bukan kuiz.... Kuiz on 23rd kay...

Hari nie loki nak bagitau makanan kegemaran loki.. so.. sesapa yang pandai wat ke or tau kat mana nak makan sedap (bagi peta) leh la bagi kat loki....

ASAM MASAK PEDAS

1 kg ikan (saya gunakan ikan pari) -dibersihkan dan potong ikut suka
15 btg lada merah
10 btg cili padi kampung
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
sedikit belacan
(Kisar semua bahan di atas ini hingga halus)

10 btg sayur bendi (yg kecil)
1 btg terung (potong kecil)
sedikit daun kesum
1/2 biji bawang besar hiris
2 btg serai (dititik)
2-3 mangkuk air
secukup perahan air asam
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa atau 1/2 steh gula (optional)
minyak secukupnya (abt 1-2 senduk)

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.
2) Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga garing.
3) Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan terung, bendi, air asam, garam & perasa/gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya-masam, masinnya.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.

hah apa lagi.. coba lah.. HEHEHE nyummm..

3 comments:

aLeen aVriL said...

nth copy paste kat mana ler nih...??msti ari nih cuti ah tuh ade ah mase nk updet...
huhuhu...amik cuti xde btau org...
org nk majuk 3 ari ah mcm nih..huhuhu

PenuliS said...

pndi masak ye?

PutraNforce said...

takde la pandai mana pun .. tapi suka makan nie.. HEHE

Hit Baby One More Time