Stalker

Monday, July 22, 2013

Assalamualaikum dan selamat untuk semua.

Di laman blog yang tak seberapa idok nya ni, ingin la juga teman berkongsi sedikit tak banyak resepsi utk berbuka pose... Ehh resepsi tu utk Majlis kahwin kan...??? ehh bukan bukan... nanti orang igt nak nikah lagi pulok... 

Ni resepi utk berbuka pose.. Sebab teman ni lelaki.. so takde le nak dibuek nya resepi yang susah.. Al maklum la .. resepi bujang so faham2 je la.. hehehe

Resepi kali ini adalah petikan dari page ni. So credit to them...

Chocolate Banana Bites! 


coklat-pisang-2

Bahan-bahan :
  • Pisang
  • Peanut butter ataupun apa-apa jem
  • Coklat cadbury biasa
  • Jika anda menggunakan cip coklat, cairkan dengan minyak
Cara-cara :
1. Potong pisang kecil-kecil. Sapukan peanut butter ataupun apa-apa jem yang anda suka. Masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan.


pisang

2. Cairkan coklat secara double boil ataupun masukkan ke dalam microwave selama 1 minit.

3. Dengan menggunakan lidi atau garfu, ambil pisang yang telah disejukkan dan celup ke dalam coklat cair. Biarkan seketika dan anda boleh makan semasa berbuka puasa!

coklat-pisang

Selamat mencuba!

No comments:

Hit Baby One More Time