Stalker

Tuesday, September 14, 2010

Word Sharing

Mesti korang tertanya tanya (tanya ke?) .. apasal la lama sangat nak tunggu Loki nie hupdet.. bek toksah ada blog.. Hahah... Jap... ada ke syarat2 penggunaan blog nie mengatakan bahawa perlu ber'blog' setiap hari?? Takpe la.. mana yang sudi lawat la.. Feel no harm.. Untuk kali nie Loki just nak share benda nie..

Sedikit kata-kata untuk dikongsi...


Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……

Anggaplah dia manusia biasa.. Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN..
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA..
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..Yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT .. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain..

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN .. Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi.. Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN .. Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….

Mengapa kamu berlengah lagi?

Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ..
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN.. kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN..

orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA.. sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI

…kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”







No comments:

Hit Baby One More Time