Stalker

Wednesday, June 23, 2010

Sesiapa yang BeLiA la.. Tak beli TaK usAh teNgOK

Assalamualaikum

Erm banyak kita dengar kan blog sebagai penjana pendapatan pasif kan.. Erm itu lah yang sekarang loki tengah wat.. Loki tengah mempromote kan semua produk yang loki rasa boleh mendatangkan pendapatan.. macam nuffnang tu kita dah sedia maklum.. Tapi tahu tak anda..(mesti ada yang dah tahu tuh.. ada lagi satu penyumbang pendapatan di blog nie selain Mr Nuff Nuff tuh.. dari malaysia.youthsays.com boleh di lawati


Try test tengok satu2.. Agak menarik juga la..



Hah yang Bawah nie Loki agak tertarik... siap join lagi.. next week loki update.. Update apa??

Loki akan mengikuti sesi dance worksyop di sana.. sapa sapa yang pandai menari pown leh participate.. mana tau untung badan.. tapi tak tahu nak pegi kena ask Misses GooguLz... percuma jer.. nak tahu lebih lanjut check it inside...


Aktiviti


Assalamualaikum...

Haish.. lama tak update nie.. (padahal baru seminggu) erm nak citer kalo ikut kan banyak jer... Heheh

Apa aktiviti?? Erm pown agak banyak...

- Hari tuh baru jer join bukak booth di Giant Kinrara... Banyak dapat pengalaman la dalam promote insurans.. So pada sesiapa yang mahu... pm je saya at PutraNforce@gmail.com saya boleh datang pada anda..

Next..

- Malam tadi pegi tengok cite ToyStory 3 (3D).. Bertempat di GSC OneUtama pada pukul 9.20pm dengan cikGG. Sangat menarik citer dier.. memang rileks tengok... tak perlu pikir banyak.. lega sket otak nie.. Citer die leh bagi utk Standard cite kartun 9/10.. Best la.. apa yang tak best bila tgk 3d.. penat lak mata aku fokus.. huhu...

Tapi best la... suppose bila dah tengok 3D semua gambar macam real la.. (tapi still kartun okiess...) Agak layan juga la.. just ending die sedih bila ToyStory tu di pindah milik kepada owner baru.. huhuhu... (aku takde la nangis or sedey sangat pown.. haha)

Next...

Minggu depan akan join SCKLM.. apa benda tuh.. SCKLM tu stand for.. Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon maa.... Jadi volunteer je.. keje amal.. Hari sabtu nie die nya briefing kat Dataran kot.. hehe.. ahad event dier.. ngeh2...

Sekian sudah untuk entri ini.. dah tak tau nak tulis apa.. nanti ingat sambung balik.. ngeh2... chiowss...

Salam

Hyprobulksms

Wednesday, June 16, 2010

Hari nie

Assalamualaikum...


Tak banyak yang aku nak cerita tentang hari ini atau semalam...

Hari nie aku boring kerja.. otak tah melayang memikirkan apa tah.. aku rasa kosong.. dah la poket kosong.... huhu tapi takpe.. aku try gak berfikiran positif walaupun tak selalunya ia menenangkan aku... Hari nie aku tak wat kerja pown.. dok sibuk baca blog abang nara

Pastu hari nie bos takde mc.... aku plak rasa cam demam... huhu...


Aku rasa la aku nie tengah mengalami tekanan hidup yang semua orang alami kot.. cuma aku amik port tak port je..


Susah nak senang.. bila kita susah orang tak faham.. bila kita senang orang datang.. huh..

Kerja pown camtu.. pantang tengok kite dah abes wat task.. ada je task diaorang nak sowh aku wat.. Aku dah bosan dah.. pening... Tolong jangan penting kan diri sendiri.. Nak bagi keje bagitau betul2 or bagi dari awal.. jangan sampai dah nak siap baru nak handover.. mana la aku tau keje yang ko wat.. tau la nak kawen... adoi....

Sekarang aku tengok ramai sangat yang kawen.. especially kawan2 aku.. aku pown teringin nak kawen.. cuma masa tak mengizinkan... aku teringin nak ada life sendiri.. aku tak suka dikongkong .. aku juga tak suka dipaksa..

kalo aku wat apa yang orang nak.. orang mesti buat apa yang aku nak... AKU TAK SUKA DI ARAH... hari nie aku tak bercakap dengan sesiapa pown.. aku diam seribu bahasa... aku senyap je.. orang tanya pown aku senyum n angguk-angguk kepala je...


Aku pening dah.. tadi bawa motor pown otak ke lain...


Argghh aku nak keluar amik angin jap.. kan best kena langgar masuk hospital.. huhu..

Hyprobulksms


Aku Takkan Menangis

*Petikan dari email yang dihantar oleh salah seorang hamba allah

AKU TAKKAN MENANGIS

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan
beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga"
ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini
diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang
paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula
yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat
ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Hyprobulksms



Thursday, June 3, 2010

Dan bila ESOK

di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa


di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya


mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya
..
untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya




p/s : Lagu nie takde la tuju pada sesapa.. juz suka dengar melody nyer... hehheee... entry berKataKata kita susuli esok2 la.. heheh

Hyprobulksms



Hit Baby One More Time